Thursday, September 15, 2011

Arkib: Artikel & Wawancara Arwah Pak Halim Dalam Media...



17 Syawal 1432H....



Disenaraikan di sini antara wawancara atau artikel akhbar berkaitan isu-isu semasa yang pernah diterbitkan didada-dada akhbar yang dikaitkan dengan Arwah Pak Halim ..sekadar berkongsi semoga bermanfaat hendaknya.... InsyaAllah.




Wassalam, nanti bersambung lagi InsyaAllah......



Saturday, September 10, 2011

Antara Karya Pak Halim (Pernah diterbitkan....)







Salam Aidilfitri buat semua pengunjung Blog Banihalim ini......



Sempena 12 Syawal 1432H ini ... kami ingin segarkan kembali ingatan semua yang mengenali Arwah Pak Halim... terutama anak cucu, rakan-rakan beliau, murid-murid terutama di APIUM, Insaniah, Sumatera, Yogyakarta atau dimana sahaja....




Dipaparkan antara hasil nukilan ilmiah peribadi Arwah Pak Halim yang terawal diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam (ABIM) Wilayah Persekutuan- juga merupakan inisatif sabahat beliau Ustaz Mohammad Kamil Abdul Majid hingga direlisasi penerbitan buku-buku ilmiah tersebut( Syukran Jazilan Ya Ustaz Kamil). Penghargaan juga kami buat ABIM yang mendukung usaha Arwah Pak Halim tersebut.




Karya tersebut diterbit pada tahun 1989. Arwah Pak Halim begitu teruja dengan usaha untuk pernerbitan karya awal tersebut. Sebahagian dari pengisian karyanya itu merupakan antara pengisian Disertasi Filsafat Pendidikan Islam Islam Di Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia bagi mendapat gelar Doktor Falsafah (PhD) dari I.A.I.N Sunan Kalijaga (yang kini dikenali sebagai Universitas Islam Negeri -UIN Sunan Kalijaga )Yogyakarta, pada 26 Disember 1986.


Diantara Buku-buku karya beliau adalah:


  1. Pendidikan Islam Di Malaysia : Sejarah Dan Pemikiran

  2. Sejarah Islam Di Afrika Utara Dan Sepanyol

  3. Islam dan Demokrasi Pendidikan

  4. Asas-Asas Pembentukan Masyarakat Islam

  5. Beberapa Masalah Ummah

Disamping banyak lagi karya-karya ilmiah dalam bentuk makalah, kertas kerja yang disampaikan oleh beliau dalam seminar-seminar di dalam mahupun diluar negara.


Sekian dahulu, InsyaAllah kami akan sambung lagi coretan lain untuk dikongsikan bersama... sekiranya tuan puan ada sebarang maklumat lain yang ingin dikongsikan bersama sila maklumkan kepada kami.


Salam Eidul Fitri Al Mubarak..... jumpa lagi Wassalam....


Barakallah fikum jami'an....

Tuesday, August 9, 2011

Setelah 2 Tahun : Bani Halim kembali.......

Ramadhan Al Mubarak..... 9 Ogos 2011

Pertamanya kami ingin mengucapkan sejuta kemaafan diatas keterbatasan waktu yang ada untuk sentiasa mengemaskini blog kami ini. Sayang kalau tidak diteruskan kesinambungan penulisan mengenai perkembangan kami ahli keluarga dan juga bisa jadi wahana untuk rakan-rakan, murid-murid arwah Pak Halim bertukar maklumat disamping kecanggihan laman sosial facebook.

Diharapkan blog ini lebih menjurus kepada wahana silaturrahim yang lebih khusus dan lebih mendatangkan manfaat, agar tidak terlalu berat pengisian tapi cukup mewakili pola & aliran pemikiran yang diwariskan arwah Pak Halim untuk anak-anak, saudara-mara, rakan-rakan & murid-murid.

Kepada yang ingin mendapatkan respon segera ttg info2 berkenaan arwah boleh juga terus mesej ke akaun Facebook saya : Ahmad Q Abdul Halim atau terus ke email: banihalim@gmail.com. krn terdapat juga pelajar 2 baru yang cuba menghubungi sebelum ini tidak dapat diladeni oleh kami degan baik(maaf atas kekhilafan kami krn tidak teliti mesej diblog sebelum ini). InsyaAllah pada masa akan dtg kami anak-anak atau dengan bantuan rakan2 yang lain akan cuba membantu salurkan maklumat mengenai Arwah Pak Halim.

17 Ogos 2011 (Bersamaan 17 Ramadhan ) Genap 2 tahun Masehi kepergian Arwah Pak Halim menemui Pencipta....
Al Fatihah kami anak2 persembahkan semoga menyirami kerinduan yang mendalam dan dengan limpahan rahmat-Nya jua. Ya Allah, Ampunilah, Kasihanilah dan Redhailah roh Ayahanda kami semoga tenang, aman dan dimuliakan disisi-Mu Ya Allah.... Ameen...

Buat rakan-rakan arwah ayah yang masih terus bersilaturahim dan peduli dengan ehwal kami sekeluarga terima kasih tak terhingga..... berbicara, mengikuti buah fikiran, tazkirah ayahanda/bonda rakan arwah (sekedar menyebut beberapa nama: Prof. Dato' Mahmood Zuhdi, Ustaz Muhammad Kamil, dll....) turut menyegarkan ingatan kami akan idea perjuangan arwah ayahanda selama hayatnya. Semoga roh perjuangannya kekal dicelah kelikatan darah arwah yang ada mengalir dalam batang tubuh kami InsyaAllah.

Sekali lagi kami berharap semoga silaturrahim ini akan berkekalan dan dirahmati Allah SWT.

Barakallah.......