Thursday, October 22, 2009

Akan Datang ! Karya-karya Ilmiah Oleh Arwah Prof. Dr. Abdul Halim

Salam semua peziarah,
InsyaAllah kami akan dokumentasikan buku-buku dan karya ilmiah yang disumbangkan oleh Arwah Prof. Dr. Abdul Halim termasuk penulisan bersama dengan penulis lain. Kepada yang berminat untuk memiliki kami akan maklumkan nama pengedar dan penerbit yang sah kerana karya-karya ilmiah arwah masih terikat hakciptanya dengan pengedar dan penerbitnya.
Kami harap karya ilmiah arwah dapat dikongsikan untuk seluruh umat manusia dan manfaat ilmunya akan berpanjang hingga ke akhir zaman...... Amiin.
Tunggu kehadirannya......tidak lama lagi....
(P/S: Makluman kepada sesiapa yang ada mempunyai maklumat dan salinan karya Arwah Prof. Abdul Halim mohon maklumkan kepada kami melalui banihalim@gmail.com. Pihak kami mungkin tidak mempunyai kesemua salinan karya beliau. Terima kasih atas kerjasama semua.)

Monday, October 12, 2009

Lagi Foto2 Semasa Tahlil 40 Hari.......

Assalamualaikum,

Sambungan paparan terdahulu semasa Majlis Tahlil 40 Hari Arwah..........untuk tatapan semua.... Jazakallahu Khairan....












Friday, October 9, 2009

Foto Sekitar Tahlil 40 hari Pemergian Arwah

Assalamualaikum semua,

Edisi kali ini kami masukan foto-foto sekitar tahlil 40 hari Pemergian Arwah Ayahanda kami. Jemputan terdiri rakan2 terdekat, jiran tetangga dan juga saudara mara kami di Kelantan. Ada juga saudara mara yang pulang beraya dai Pahang, dan Lembah Kelang.

Majlis Tahlil diadakan pada 24 Sept. 2009/5 Syawal 1430H pada malam Jumaat iaitu menjelang malam ke 40. Terima kasih yang sudi menghadirkan diri pada malam tersebut. Kepada yang berhempas pulas membantu menjayakan kenduri kami ucapkan setinggi penghargaan.







Nantikan lebih banyak foto akan penulis siarkan.............jumpa lagi
Wassalam

Monday, September 28, 2009

Sambutan 1 Syawal 1430H.......(serta pengumuman penting untuk saudara mara)

Salam Syawal.......
Kini penulis kembali menjengah blog ini setelah bercuti panjang menyambut 1 Syawal 1430H meraikan kemenangan Tarbiyah Ramadhan yang lalu. Semua telah mendapat Ijazah masing-masing, ada dengan najah/keputusan : Jajiyyid Jiddan(Cemerlang), ada yang Jayyid(Baik), Maqbul(Lulus)....dan malanglah kalau ada yang Gagal...(minta2 dijauhkan), namun begitu jangan terlalu hampa kerana semua amalan adalah hak mutlak anugerah dari Allah Arrahman Arrahim. Apa yang penting pengharapan yang menggunung akan Rahmat Allah itu...Maha Tinggi, InsyaAllah kita pasti mendapat rahmat dari-Nya jua.
Tekad kita pada Syawal ini hingga Syaaban 1431H nanti kita semua terpelihara dengan berkat amalan masing2 semasa Ramadhan yang lalu. Apapun juga sama-samalah kita memohon kehadzrat Allah swt. agar kita dipilih kembali untuk menjadi Ahli Ramadhan 1431H akan datang..Amin.....
Syawal tahun ini bagi kami sekeluarga tidaklah begitu menyinar indah seperti biasa lintasan bayangan wajah arwah Ayahanda kami silih berganti dibenak kami sekeluarga. Hanya AlFatihah dan doa buat arwah Ayahanda terbit di bibir sebagai hadiah dari kami sekeluarga. Tiada lagi kehangatan pipi Ayahanda setiap kali Syawal dikala kami mengunjunginya di rumah Ayah di Kundang.
Bonda & Adik-beradik di Kota Bharu menyambut secara sederhana, kehadiran rakan taulan Ayahanda dan saudara-mara ke rumah sedikit sebanyak menenangkan kami. Begitu juga Bonda dan Adik2 yang menyambutnya di Kundang. Adik-adik di Kundang mungkin lebih terasa kerana masih kecil mereka sangat rapat dengan arwah Ayahanda.
Nasihat kakanda agar sama-sama lah bersabar, belajar terima hakikat dan redha akan kepergian Ayahanda di sisi-Nya. Perbanyakan doa buat arwah Ayahanda semoga rohnya tenang menghadapi segala tanggungjawabnya di sana. Dan dirahmati Allah bersama para syuhada' & solihin...Amin.... Jagalah Bonda-bonda kita sebaiknya, berbaktilah kita kepada mereka agar diberikan kekuatan dan keberkatan menghadapi hari-hari mendatang. Pesan & Amanah Ayah yang tersurat serta yang tersirat jangan di lupa....moga kita sekeluarga bakal dirahmati Allah jua hingga ahkir hayat.....InsyaAllah.
Disamping itu kami mengatur Salam Syawal sekali lagi buat semua pengunjung Blog ini. Ucapan dan sokongan kalian cukup kami hargai. Kami juga ucapkan terima kasih kepada semua saudara-mara dan haidai taulan yang telah membantu serta hadir menjayakan Tahlilan 40 Hari di Kota Bharu pada Khamis malam Jumaat(24 Sept.09 / mlm 5 Syawal 1430) yang lalu dan di Kundang Sabtu malam Ahad (26 Sept. 09/malam 7 Syawal 1430H). Kepada yang tidak berkesempatan hadir kami masih hargai doa dan sokongannya, bagi tidak sempat diundang kami mohon maaf atas kekhilafan kami. Semoga tidak mengurangkan tali silaturrahim kita dan akan berkekalan...... InsyaAllah.
Makluman Khusus Kepada Saudara Mara Keluarga Besar Arwah Hj Mat Diah:
Kepada semua saudara-mara dari Keluarga Besar Arwah Haji Mat Diah sebagaimana dipersetujui oleh semua saudara mara Arwah semasa majlis tahlil tempohari, kita akan kumpulkan semua malumat ahli keluarga Bani Hj Mat Diah untuk mengukuhkan tali silaturrahim kita sekeluarga. penulis minta semua saudara mara menghantar maklumat ahli keluarga masing-masing kepada penulis iaitu termasuk nama-nama penuh nyatakan nama Susur-galur bermula dari Arwah Tok Ayah Hj. Mat Diah serta nama panggilan) alamat surat menyurat, telefon, email, photo terkini masing-masing melalui email: banihalim@gmail.com . Penulis akan kemaskini maklumat semua saudara mara dan data tersebut akan dihantar kepada semua untuk tujuan rekod bersama.
Cth Susur Galur:
A. Haji Mat Diah => Abdul Halim +(Tuan Eshah Tuan Ibrahim)=> Ahmad Zuhairi + Zaleha ( nama isteri jika ada)=> :
  1. Uzma Aqilah (Uzma/Kak Long) Tarikh lahir, Alamat, No: Tel & Email
  2. Tasnim
  3. Miftah
  4. dan seterusnya mengikut susunan hingga yang bongsu.
B. Haji Mat Diah => Abdul Rahman +(Nama Ibu) =>Abdullah Fahim + Noraini=>:
  1. Faris + (Isteri) Tarikh lahir, Alamat No. Tel & Email
  2. Naili
  3. dan seterusnya.
Harap dapat mengirimkan maklumat tersebut kepada penulis....komen dan maklumbalas dari semua juga diperlukan untuk menambahbaikan proses mengumpulan data Bani Hj. Mat Diah ini. Penulis akan berusaha untuk menyediakan kaedah yang sesuai untuk isi data tersebut supaya jelas dan senang di isi oleh semua.
Diharap salah seorang dari wakil anak-anak Arwah Tok Ayah Hj Diah dapat segera beri maklumat melalui email pada kadar segera. Terima kasih atas kerjasamanya.

Thursday, September 17, 2009

Salam Perpisahan Buat Ramadhan, Fajar Eidul Fitri Kan Menjelma.....

Assalamualaikum semua,

Kini kita semua telah menjejak hari ke 27 Ramadhan 1430H, berarti bulan penuh barakah ini bakal melabuhkan tirainya. Justeru beruntunglah bagi yang berjaya menarik Rahmat-Nya. Semoga kita juga dirahmati dengan "dipertemukan" dengan malam penuh rahmat yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Malam Lailatul Qadar insyaAllah.

Ayuh teruskan usaha kita sempurnakan malam-malam akhir ini. Semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya. Penuh pengharapan agar dipilih-Nya sekali lagi dan terdaftar yang akan mengikuti tarbiyah Ramadhan akan datang dan seterusnya. Amiin.....

Sinar Syawal menyusur datang meraikan kemenangan. Kemenangan yang mana kita raikan? Kemenangan melalui Ramadhan dengan jayanya yang kita inginkan semoga itulah maksud dari kemenangan Eidul Fitri kali ini, insyaAllah.

Kami mengalu-alukan kunjungan semua sahabat handai, murid yang mengenali Arwah sempena Syawal ini. Walaupun arwah telah tiada bersama, hubungan silaturrahim dengan kami sekeluarga, baik di Kundang mahupun di Kota Bharu semoga akan berterusan hendaknya.
Kepada semua pengunjung kami sekeluarga mengaturkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala sokongan dan doa disaat kami menempuhi peristiwa duka pada 26 Syaaban 1430H yang lalu. Tidak terkecuali juga semua yang memberikan menziarahi di Laman Blog ini.

Terima kasih sekali lagi ...InsyaAllah sambung lagi...... Hati2 diperjalanan ke kampung masing-masing .
"Selamat Hari Raya Maaf Lahir Batin"
Wassalam..

(Catatan: Terkenangkan pada Ramadhan yang lepas mengunjungi Ayah berbuka bersama sebelum balik beraya dengan Bonda di Kota Bharu masih panas terbayang dibenak penulis sekeluarga. Teringat pula peristiwa seminggu (awal Ramadhan) setelah pemergian arwah ayah, apabila anak sulung penulis berumur 7 tahun tiba-tiba menangis kerana teringatkan Tok Ayahnya. Kami bertanya "kenapa nangis?" " Ingat Tok Ayah" jawabnya polos. "Tok Ayah baik hati, Tok Ayah sayang kat Qisthi" tambahnya lagi. Dia terkenangkan semasa bersama arwah pada hari kenduri . Kami ikut sebak dengan reaksinya itu. Penulis nasihatkan "Kalau ingat Tok Ayah bacakan Al Fatihah hadiahkan ke Tok Ayah" dia mengangguk diam..... )

Monday, September 14, 2009

Hanya Fakta mungkin menarik untuk dikongsi......

Angka 1 & 7 dan Signifikan dgn Arwah: Sekadar menelaah, mungkin hanya kebetulan shj....tapi menarik untuk direnungkan.....Wallahua'lam.


  1. No. Rumah : F 71
  2. Meninggal pada umur: 61~ 6+1= 7
  3. Disahkan secara rasmi meninggal: Jam 7.30
  4. Tarikh Meninggal pada : 17 Ogos 2009
  5. Dikebumikan di tanah perkuburan : Bt 17 Kuang
  6. No Lot Liang : 107 A
  7. Jumlah Anak-anak (yang hidup): 16~1+6= 7
  8. Tiba ditanah perkuburan : Pkl 17++

Sila ke Blog ini: Catatan Saat-saat Terakhir Nukilan Adinda Rasyadah & Langit Asar 17Ogos09

Friday, September 11, 2009

Prof Abdul Halim Dalam Kenangan...lagi koleksi foto..

Salam,
Disertakan lagi foto-foto yang terakhir dan foto lain .....untuk tatapan semua.




Bersama mahasiswi sempena Konvokesyen UM 2009
(Sumber dari nies_noraliena : Hari khamis 13 ogos.. hari tu kelas terakhir arwah dan saya berada di luar ketika itu untuk menunggu arwah masuk ke kelas.. memang sudah menjadi tradisi kalau jadi tutor beliau pun kena masuk kelas beliau untuk mendengar lecture.)


Bersama sahabat asal Iran(?) yang berkunjung semasa kenduri kesyukuran 15 Ogos 2009.



(Sumber dari nies_noraliena : Semasa seminar tamadun islam tentang pembangunan modal insan peringkat kebangsaan 2006.. gambar tu saya yg ambil semasa arwah bersama para jemputan vvip.)


Allahyarham semasa mesyuarat di jabatan tarikh tidak diketahui.
(mohon siapa yang tahu maklumat tarikh dan peristiwa tepat foto di atas, sila maklumkan kepada saya, jazakallahu khairan : penulis)

Nanti sambung lagi...Wassalam.

Thursday, September 10, 2009

Gambar-Gambar Terakhir Arwah Ayahanda Kami

Koleksi Photo : Pada 15 Ogos 2009/25 Syaaban 2009. Semasa kenduri kesyukuran, sempena menyambut Ramadhan 1430H. Keceriaan begitu terbayang semasa melayan tetamu yang datang. Kenduri dengan menjemput jiran tetangga, sahabat handai dan murid-murid merupakan acara sering dilakukan oleh Arwah Ayah demi menjalinkan silaturahim.



Hari itulah merupakan acara kenduri yang terakhir yang Arwah Ayah bersama kita semua sebelum menyahut panggilan Allah swt.




Assalamualaikum semua,

Berjumpa lagi dilaman Blog ini. Kami ingin kongsikan bersama foto-foto terakhir yang sempat dirakam untuk tatapan semua, mungkin ada yang sudah melihat melalui blog-blog sahabat, murid arwah Pak Halim. Namun suka kami kumpulkan sekali lagi khusus untuk pengunjung laman Blog ini.

Blog ini yang memang diwujudkan khas untuk mengenang Arwah Pak Halimterutama kepada sesiapa sahaja yang menganggapnya sebagai Ayah,Bapa,Guru hingga Tok Ayah.

Kami juga mengalu-alukan semua yang mengenali allahyarham ayah dan mempunyai sebarang koleksi cerita, foto kenangan bersama Arwah Pak Halim yang boleh dikongsi bersama sangat kami hargai. Kiriman boleh lah dihantar melalui email: banihalim@gmail.com.

Sekian wassalam.

Selamat Berpuasa dan Kejarlah 10 Malam terakhir Ramadhan 1430H ini dan dipertemukan kita dengan Rahmat Allah pd Malam Lailatul Qadr.... amiin.
Jumpa lagi.

Friday, September 4, 2009

PULANGNYA AYAHANDA KAMI KE PANGKUAN ILAHI

Assalamualaikum semua pengungjung Blog TRIBUTE : ABDUL HALIM MAT DIAH
BLOG ini yang dicipta khusus sebagai satu penghormatan, tanda kasih sayang dan ingatan kami sekeluarga terhadap ayahanda kami Allahyarham ABDUL HALIM BIN HAJI MAT DIAH (Profesor Dr.) yang dijemput oleh Allah SWT. pada Tanggal 17 Ogos 2009, Bersamaan 26 Syaaban 1430H. Dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bt 17 Kuang, Jalan Beringin, Batu 17, Gombak, Selangor. D.E.
Punca kematian adalah kerana : Paru-paru Berair Menyebabkan Jantung Terhenti ( Cardiac Arrest Due To Accutte Pneumory) sebagaimana disahkan oleh pihak Hospital Sungai Buloh.
Perhatian: Kepada sesiapa yang mengenali Allahyarham kami sekeluarga memohon dimaafkan salah silap semasa hayatnya. Kepada sesiapa yang pernah memberi hutang kepada arwah semasa hayatnya mohon hubungi kami melalui email: banihalim@gmail.com.
Terima kasih. Wassalam.