Monday, September 28, 2009

Sambutan 1 Syawal 1430H.......(serta pengumuman penting untuk saudara mara)

Salam Syawal.......
Kini penulis kembali menjengah blog ini setelah bercuti panjang menyambut 1 Syawal 1430H meraikan kemenangan Tarbiyah Ramadhan yang lalu. Semua telah mendapat Ijazah masing-masing, ada dengan najah/keputusan : Jajiyyid Jiddan(Cemerlang), ada yang Jayyid(Baik), Maqbul(Lulus)....dan malanglah kalau ada yang Gagal...(minta2 dijauhkan), namun begitu jangan terlalu hampa kerana semua amalan adalah hak mutlak anugerah dari Allah Arrahman Arrahim. Apa yang penting pengharapan yang menggunung akan Rahmat Allah itu...Maha Tinggi, InsyaAllah kita pasti mendapat rahmat dari-Nya jua.
Tekad kita pada Syawal ini hingga Syaaban 1431H nanti kita semua terpelihara dengan berkat amalan masing2 semasa Ramadhan yang lalu. Apapun juga sama-samalah kita memohon kehadzrat Allah swt. agar kita dipilih kembali untuk menjadi Ahli Ramadhan 1431H akan datang..Amin.....
Syawal tahun ini bagi kami sekeluarga tidaklah begitu menyinar indah seperti biasa lintasan bayangan wajah arwah Ayahanda kami silih berganti dibenak kami sekeluarga. Hanya AlFatihah dan doa buat arwah Ayahanda terbit di bibir sebagai hadiah dari kami sekeluarga. Tiada lagi kehangatan pipi Ayahanda setiap kali Syawal dikala kami mengunjunginya di rumah Ayah di Kundang.
Bonda & Adik-beradik di Kota Bharu menyambut secara sederhana, kehadiran rakan taulan Ayahanda dan saudara-mara ke rumah sedikit sebanyak menenangkan kami. Begitu juga Bonda dan Adik2 yang menyambutnya di Kundang. Adik-adik di Kundang mungkin lebih terasa kerana masih kecil mereka sangat rapat dengan arwah Ayahanda.
Nasihat kakanda agar sama-sama lah bersabar, belajar terima hakikat dan redha akan kepergian Ayahanda di sisi-Nya. Perbanyakan doa buat arwah Ayahanda semoga rohnya tenang menghadapi segala tanggungjawabnya di sana. Dan dirahmati Allah bersama para syuhada' & solihin...Amin.... Jagalah Bonda-bonda kita sebaiknya, berbaktilah kita kepada mereka agar diberikan kekuatan dan keberkatan menghadapi hari-hari mendatang. Pesan & Amanah Ayah yang tersurat serta yang tersirat jangan di lupa....moga kita sekeluarga bakal dirahmati Allah jua hingga ahkir hayat.....InsyaAllah.
Disamping itu kami mengatur Salam Syawal sekali lagi buat semua pengunjung Blog ini. Ucapan dan sokongan kalian cukup kami hargai. Kami juga ucapkan terima kasih kepada semua saudara-mara dan haidai taulan yang telah membantu serta hadir menjayakan Tahlilan 40 Hari di Kota Bharu pada Khamis malam Jumaat(24 Sept.09 / mlm 5 Syawal 1430) yang lalu dan di Kundang Sabtu malam Ahad (26 Sept. 09/malam 7 Syawal 1430H). Kepada yang tidak berkesempatan hadir kami masih hargai doa dan sokongannya, bagi tidak sempat diundang kami mohon maaf atas kekhilafan kami. Semoga tidak mengurangkan tali silaturrahim kita dan akan berkekalan...... InsyaAllah.
Makluman Khusus Kepada Saudara Mara Keluarga Besar Arwah Hj Mat Diah:
Kepada semua saudara-mara dari Keluarga Besar Arwah Haji Mat Diah sebagaimana dipersetujui oleh semua saudara mara Arwah semasa majlis tahlil tempohari, kita akan kumpulkan semua malumat ahli keluarga Bani Hj Mat Diah untuk mengukuhkan tali silaturrahim kita sekeluarga. penulis minta semua saudara mara menghantar maklumat ahli keluarga masing-masing kepada penulis iaitu termasuk nama-nama penuh nyatakan nama Susur-galur bermula dari Arwah Tok Ayah Hj. Mat Diah serta nama panggilan) alamat surat menyurat, telefon, email, photo terkini masing-masing melalui email: banihalim@gmail.com . Penulis akan kemaskini maklumat semua saudara mara dan data tersebut akan dihantar kepada semua untuk tujuan rekod bersama.
Cth Susur Galur:
A. Haji Mat Diah => Abdul Halim +(Tuan Eshah Tuan Ibrahim)=> Ahmad Zuhairi + Zaleha ( nama isteri jika ada)=> :
  1. Uzma Aqilah (Uzma/Kak Long) Tarikh lahir, Alamat, No: Tel & Email
  2. Tasnim
  3. Miftah
  4. dan seterusnya mengikut susunan hingga yang bongsu.
B. Haji Mat Diah => Abdul Rahman +(Nama Ibu) =>Abdullah Fahim + Noraini=>:
  1. Faris + (Isteri) Tarikh lahir, Alamat No. Tel & Email
  2. Naili
  3. dan seterusnya.
Harap dapat mengirimkan maklumat tersebut kepada penulis....komen dan maklumbalas dari semua juga diperlukan untuk menambahbaikan proses mengumpulan data Bani Hj. Mat Diah ini. Penulis akan berusaha untuk menyediakan kaedah yang sesuai untuk isi data tersebut supaya jelas dan senang di isi oleh semua.
Diharap salah seorang dari wakil anak-anak Arwah Tok Ayah Hj Diah dapat segera beri maklumat melalui email pada kadar segera. Terima kasih atas kerjasamanya.

No comments:

Post a Comment