Friday, September 4, 2009

PULANGNYA AYAHANDA KAMI KE PANGKUAN ILAHI

Assalamualaikum semua pengungjung Blog TRIBUTE : ABDUL HALIM MAT DIAH
BLOG ini yang dicipta khusus sebagai satu penghormatan, tanda kasih sayang dan ingatan kami sekeluarga terhadap ayahanda kami Allahyarham ABDUL HALIM BIN HAJI MAT DIAH (Profesor Dr.) yang dijemput oleh Allah SWT. pada Tanggal 17 Ogos 2009, Bersamaan 26 Syaaban 1430H. Dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bt 17 Kuang, Jalan Beringin, Batu 17, Gombak, Selangor. D.E.
Punca kematian adalah kerana : Paru-paru Berair Menyebabkan Jantung Terhenti ( Cardiac Arrest Due To Accutte Pneumory) sebagaimana disahkan oleh pihak Hospital Sungai Buloh.
Perhatian: Kepada sesiapa yang mengenali Allahyarham kami sekeluarga memohon dimaafkan salah silap semasa hayatnya. Kepada sesiapa yang pernah memberi hutang kepada arwah semasa hayatnya mohon hubungi kami melalui email: banihalim@gmail.com.
Terima kasih. Wassalam.

1 comment:

  1. Salam...
    Ambo turut bersedih di atas pemergian anak jati kg kolam (kolam tembesu)maklumlah dah lama ambo tak balik ke kg kolam. dan Prof. Dr pun mati di KL/sel.
    Kepada semua ahli keluarga ustaz, ambo ucap takziah atas pemergian Ustaz Ab Halim mengadap Rabbul Jalil. Ambo baru tahu malam ni... begitulah sunnatullah, dia pergi dulu, lepasni kita pulak menyusul... tak ada yg kekal melainkan Allah saja.

    Che Lah, Jengka Phg. X-UM 1991-1995

    ReplyDelete